Rabu, 3 September 2008

PERLU TAHU - SEJARAH PERKAMA




Pada tahun 1980 sekumpulan kaunselor dan mereka yang prihatin akan perkembangan kaunseling dan bimbingan di Malaysia telah bersidang di ITM (kini UiTM) untuk mewujudkan satu Jawatankuasa Pro-tem yang berusaha menubuhkan sebuah Persatuan Kaunselor Malaysia. Puan Fauziah Elyas (kini Puan Sri) telah dipilih mengetuai jawatankuasa itu.




Pada 19 Januari 1982 Persatuan Kaunselor Malaysia telah didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan pada tahun 1989 namanya ditukar kepada Persatuan Kaunseling Malaysia. Tujuan utama Persatuan ini ialah “to provide a common professional base for Malaysian Counsellors and professionals in related areas from the points of view of both professional orientation and fellowship” (mengadakan satu asas profesional sepunya untuk kaunselor dan ahli profesional berkaitan di Malaysia, dari segi orientasi profesional dan semangat setia kawan).


Tujuan-tujuan profesional PERKAMA ialah:
1.Memajukan amalan kaunseling secara profesional.
2.Menggalak dan membantu penyelidikan dalam kaunseling.
3.Menggalak pertumbuhan ilmu pengetahuan, kefahaman dan penerimaan kaunseling dalam konteks pelbagai budaya di Malaysia.
4.Memajukan perkembangan profesional ahli-ahlinya.
5.Memperteguhkan identiti, harmoni, dan kerjasama di kalangan ahli-ahli yang terdiri dari pelbagai displin melalui perkongsian maklumat dan pengalaman.
Keahlian PERKAMA dibuka kepada mereka yang berkelayakan dalam kaunseling dan bidang-bidang berkaitan. Mereka yang tidak mempunyai kelayakan yang disyaratkan, diterima sebagai ahli bersekutu atau ahli pelajar.
PERKAMA telah berkembang maju dari setahun ke setahun sejak penubuhannya di bawah pimpinan:
Puan Sri Fauziah Elyas (1982 – 1983),
Prof. Dato’ Dr. Amir Awang (1983 – 1984), (1989 – 1993),
Prof. Dato’ Dr. Abdul Halim Othman (1984 – 1989), (1999 – 2001),
Dato’ Yunus Noor (1994 – 1999), dan
Prof. Dato’ Dr. Hj Mohd Mansor Abdullah (2001 – 2003),
Prof. Dr. Suradi Salim (2003 – 2005),
Tan Sri Dato’ Dr. Nordin Kardi (2005 hingga sekarang)



Sebanyak sepuluh konvensyen telah diadakan di samping penerbitan-penerbitan profesional seperti Jurnal PERKAMA, Suara PERKAMA dan risalah-risalah lain, demi untuk memajukan bidang kaunseling dan bimbingan di Malaysia. Ahli-ahli Persatuan juga aktif dalam kegiatan-kegiatan kemasyarakatan dan perundingan, dan berusaha memantapkan keprofesionalan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menerusi etika kaunseling yang bertulis, latihan lanjutan, dan penyelidikan.



Kini PERKAMA mempunyai lebih 200 ahli berdaftar (meliputi Ahli Seumur Hidup, Ahli Biasa, dan Ahli Pelajar). PERKAMA sedang berusaha meningkatkan lagi pengiktirafan daripada pihak kerajaan dan majikan swasta tentang perkhidmatan kaunseling dengan cara mewujudkan jawatan-jawatan profesional dalam kaunseling untuk memberi perkhidmatan kepada kakitangan masing-masing. Usaha PERKAMA untuk mendapatkan pengiktirafan dari pihak kerajaan mula berhasil apabila satu jawatan Ketua Pegawai Psikologi dan Kaunseling dilantik di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada tahun 1992. Kini Pusat Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling di JPA memainkan peranan penting dalam menangani permasalahan kakitangan awam di tempat kerja.



Perkembangan pesat negara kita ke arah masyarakat perindustrian dan perdagangan sudah pasti akan memerlukan perkhidmatan khusus seperti perkhidmatan kaunseling dan perkhidmatan pertolongan lain untuk menangani masalah sosial dan individu. Keperihatinan pihak kerajaan tentang keperluan kaunseling dan pengiktirafan yang wajar dalam masyarakat terbukti apabila AKTA KAUNSELOR 1998 diluluskan oleh kerajaan dan diwartakan pada 1 Disember 1998. Para kaunselor yang ingin berkhimat untuk awam, kini perlu mendaftar dengan Lembaga Kaunselor.



Ini bermakna profesion kaunselor telah diiktiraf setanding dengan profesion lain seperti doktor, arkitek, jurutera dan peguam. Cabaran yang lebih besar akan dihadapi oleh profesion ini pada masa-masa akan datang. PERKAMA akan menjadi sebuah persatuan profesional untuk memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan lagi perkhidmatan kaunseling di negara ini.
Sumber : http://www.perkama.org/



Kemaskini Terakhir : 2 Ogos 2007

2 ulasan:

AFITI berkata...

sejarah itu mgajar erti dan nilai kepada manusia untuk melihat perkembangan dan ketamdunan yang dialami...termasuklah diri sdri...malahan organisasi atau pertubuhan dalam mguatkan agenda yang masih belum selesai..."MISI KITA MASIH BELUM SELESAI DALAM MEMANUSIAKAN MANUSIA DAN MEMBENTUK MANUSIA.."..iNSyaallah..panduan yang cikli kongsikan akan mmbntu sy..memberikan mklumat dan ilmu y tsirat..terima kasih..

Abdul Moeis Abdul Halim K.B (Mal) berkata...

salam cik li...logo perkama tu salah letak dengan logo lembaga kaunselor...sakadar komen...terima kasih.