Khamis, 28 Ogos 2008

Perkongsian Pengalaman Pelajar Cemerlang


Aidi Adlina, inilah nama yang dikurniakan kepada anak yang disayangi oleh En. Taijuddin. Pelajar ini merupakan salah seorang pelajar cemerlang SMK SAAS yang telah berjaya memperolehi keputusan 8A di dalam PMR pada tahun 2007. Beliau kini meneruskan pembelajaran di SMK SAAS di kelas 4Amanah dalam aliran sains tulen.

Anak sulong ini yang juga sandaran keluarganya untuk menjadi contoh teladan kepada adik-adiknya bercita-cita tinggi iaitu untuk menjadi seorang doktor pakar. Falsafah remaja pintar ini sangat holistik iaitu dengan menggabungkan 2 kekuatan / kudrat iaitu 'berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada Allah swt. Tidak hanya bergantung kepada usahanya sahaja tetapi setiap usaha yang dilakukan tidak akan berjaya sekiranya Allah tidak mengizinkan, inilah pegangan beliau.


Sebagai remaja biasa, Aidi juga tidak terlepas dari berhadapan dengan cabaran dan halangan dalam meneruskan tanggungjawab sebagai pelajar. Cabaran ini berupa halangan dalaman dan luaran. Diantara cabaran dalam termasuklah perasaan malas yang kadang kala wujud dalam diri. Hal ini dihadapinya dengan menguatkan kembali keazamannya untuk menjadi pelajar cemerlang disamping kekuatan cita-citanya untuk menjadi seorang doktor. Sebagai seorang pelajar yang aktif di sekolah beliau seringkali berhadapan masalah untuk menguruskan masa. 'Bagi mengatasi masalah ini saya membuat jadual waktu di rumah di mana ia dapat membantu saya menguruskan kerja sekolah, mengulangkaji pelajaran, membantu keluarga dan menyelesaikan tugas-tugas persatuan / kelab,' kata Adlina yang aktif di dalam Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.


Selain itu Adlina turut mempraktikan nilai -nilai murni yang menjadi asas kepada kehidupan beliau di antaranya ," jangan sekali-kali meninggalkan solat fardhu, perbanyakan solat hajat, membaca yassin dan berpuasa sunat, sentiasa menjaga dan mempertingkatan hubungan dengan ibu bapa dan guru-guru, sekiranya kurang faham dengan subjek yang dipelajari jangan malu bertanya kepada guru dan rakan-rakan, berikat tumpuan 100% di dalam kelas, " kata beliau yang merupakan seorang pelajar yang berprinsip.


Cikli : Inilah personaliti dan formula kejayaan seorang pelajar cemerlang yang wajar dicontohi oleh mana mana pelajar yang berhasrat menjadi pelajar cemerlang. Sesungguhnya Allah telah pun menanamkan fitrah diri manusia 'inginkan kecemerlangan', dan Allah telah memberikan contoh pengajaran melalui hamba-hambanya yang berjaya yang berada disekitar kita. Terpulanglah kepada diri setiap individu samada ingin mengambil pengajaran dari apa yang berlaku atau hanya memandang dan berkata 'oh i see'.

Bagaiaman membantu anak daripa terlibat dengan gejala negatif


GEJALA sosial yang melanda masyarakat hari ini semua bertitik tolak daripada lemahnya akidah yang menjadi benteng untuk menangkis apa juga serangan bertujuan menggugat tahap keimanan serta keteguhan hati umat Islam.Justeru, pendakwah terkenal, Siti Nor Bahyah Mahamood meminta ibu bapa memperkukuhkan akidah anak melalui didikan dengan menerapkan nilai murni menerusi contoh teladan amalan harian yang dilaksanakan sebagai Muslim sejati.Sebagai panduan, katanya, ibu bapa boleh menjadikan wasiat Lukman al-Hakim kepada anak lelakinya untuk memimpin anak mereka membina akidah serta keyakinan dalam menghadapi hidup kian mencabar.“Didikan oleh bapa yang hebat seperti Lukman yang diceritakan dalam al-Quran adalah panduan terbaik boleh ditiru ibu bapa hari ini kerana wasiat beliau bukan untuk mencegah tetapi untuk mengelak berlaku perkara tidak diingini.“Sebab itu, walau senang manapun ibu bapa itu, mereka wajar membiarkan anak berdikari kerana ada kalanya kesenangan boleh membawa bencana seperti dipaparkan dalam filem Seniman Agung, Tan Sri P Ramlee, Anakku Sazali,” katanya.Beliau yang memberi ceramah bertajuk ‘Mencegah lebih baik daripada menghukum’ pada majlis kuliah agama anjuran bersama Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) dan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) MKM turut menggariskan perkara perlu ada serta dielakkan dalam usaha mendidik anak remaja.Siti Nor Bahyah berkata, kehidupan remaja hari ini banyak dipengaruhi tiga unsur iaitu hiburan (keseronokan), fesyen serta makanan yang jika tidak dikawal atau dibimbing ibu bapa boleh menyebabkan mereka terjebak dalam perkara negatif.Katanya, tidak dinafikan naluri remaja cenderung kepada hiburan dan mereka akan menjadi resah jika tidak mendengar lagu tetapi ibu bapa bertanggungjawab menapis jenis atau bentuk hiburan yang didengar.Begitu juga fesyen pakaian mereka yang sepatutnya mencerminkan nilai ketimuran, bukan mengambil apa saja disogokkan Barat yang ternyata tidak sesuai dengan budaya masyarakat di negara ini.Sementara makanan ringan atau segera yang kini sebati dengan gaya hidup masyarakat hari ini turut menyumbang kepada masalah anak menjadi hiperaktif serta tidak mahu mendengar cakap ibu bapa mereka.“Inilah tiga perkara saya kategori sebagai 3F iaitu fun, fashion, food, yang melanda anak remaja dan perlu diberi perhatian serius oleh ibu bapa supaya ia tidak mendatangkan masalah nanti kerana kita mahu mengambil langkah awal untuk mengelak,” katanya.Katanya, bagi mencegah menular gejala negatif di kalangan remaja, tujuh perkara perlu diberi perhatian bukan saja ibu bapa, malah semua anggota masyarakat kerana mereka memikul tanggungjawab melahirkan generasi bertakwa dan kaya dengan nilai murni.Tujuh perkara itu ialah menjaga solat; sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah; memberi salam; mencurahkan kasih sayang; sabar menghadapi ujian; bersungguh-sungguh dalam beramal dan mendidik diri menjadi suami, isteri, ibu, bapa serta anak yang salih.Siti Nor Bahyah berkata, memberi salam nampak mudah dan ada kala dianggap sebagai perkara remeh sedangkan amalan itu mempunyai nilai tersirat yang perlu diketahui kerana salam adalah ucapan ahli syurga.Katanya, selain mendapat pahala, amalan memberi salam mempunyai nilai tambah kerana ucapan salam itu sendiri sudah lengkap mengandungi doa yang memohon keselamatan, rahmat serta keberkatan.“Kenapa anak terjebak dengan perkara negatif adalah disebabkan ketandusan kasih sayang. Akhirnya mereka mencari kasih sayang di luar dan apabila salah cari kawan, itu yang mereka melakukan perkara tidak sepatutnya.“Oleh itu, tidak adil jika kita menghukum remaja sedangkan puncanya mungkin disebabkan daripada kita sendiri. Ibu bapa perlu banyak sabar dalam mendidik anak dan bersungguh-sungguh memastikan mereka sentiasa dibimbing ke jalan mencari keredaan Allah,” katanya.Pada majlis yang dihadiri kakitangan MKM, ahli Puspanita MKM, pelajar peringkat diploma maktab berkenaan dan kakitangan Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Siti Nor Bahyah turut berkongsi tips dengan memberi ayat al-Quran untuk melembutkan hati anak.Beliau berkata, ibu bapa digalakkan membacakan surah al-Hasyr, ayat 21 dan surah asy-Syura ayat 19, kemudian ditiup di ubun anak sebagai doa supaya mereka mudah mendengar kata.Selain itu, Siti Nor Bahyah menggaris tujuh perkara yang perlu dielakkan supaya usaha mencegah anak daripada terjebak gejala negatif dapat dilaksanakan dengan berkesan serta mencapai matlamat diharapkan.Pertama, meninggalkan maksiat dan kaedah terbaik mengajak anak supaya meninggalkan perbuatan maksiat ialah melalui contoh ibu bapa sendiri yang sentiasa memelihara diri daripada terjebak dengan perbuatan tidak bermoral.Seterusnya ialah penyakit malas, suka menonton atau membaca bahan yang sia-sia, suka atau mudah marah, membuang masa dengan melepak, makan makanan yang haram dan jangan menderhaka kepada Allah serta sesama manusia.“Semua ini ialah perkara negatif yang perlu dihindari dan caranya ialah dengan mempelajari bagaimana untuk mengawal diri. Jika anak kita malas belajar, beri dorongan dengan menjanjikan hadiah seperti yang saya lakukan dengan anak saya.“Hilangkan sifat cepat marah atau jika hendak marah, biar bertempat. Elakkan makanan haram bukan saja daripada aspek bahan yang dimakan tetapi punca rezeki dipastikan daripada sumber yang halal,” katanya.Siti Nor Bahyah turut berpesan kepada hadirin supaya jangan sekali-kali menjadi anak derhaka kepada ibu bapa kerana balasannya cukup hebat dengan menceritakan kisah kecacatan seorang anak disebabkan menderhaka kepada ibunya.
( oleh Asliza Hassan)

Bukti Kebesaran Allah


Keterangan : Bukti kebesaran Allah SWT batu tempat duduk Nabi MuhammadSAW sewaktu Israk Mikraj sampai kini masih tetap terapung di udara. Pada saat Nabi Muhammad hendak Mikraj batu tersebut nak ikut bersama, tetapiNabi SAW menghentakkan kakinya pada batu tersebut, maksudnya agar batutersebut tidak dibenarkan ikut.Kisah Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW tentang batu gantung tersebut yang berada dalam masjid Umar (Dome of the Rock) di Lingkungan Masjidil ALAQSA di Yarusalem (Baitulmuqadis).
Foto ini dari seorang hanba Allah sewaktu melawat Al Aqsa (ygsebenarnya) di Jerusalem, Subhanallah … !! Foto ini dapat dibolosikerana tidak diketahui oleh pihak Israel yang berkawal dan menjagatempat tersebut dengan ketat.Sampai sekarang masjid “dome of rock” ditutup untuk umum, dan Yahuditelah membuat masjid lain iaitu Al Sakhra tak jauh disebelahnyadengan kubah “emas” ( yg sering terlihat di poster2 yg disebarkan keseluruh dunia dimana2 ) dan disebut sebagai Al Aqsa, untuk mengelabuiummat Islam dimana masjid Al Aqsa yang sebenarnya, yang Nabi MuhammadSAW pernah sebutkan Al Aqsa sebagai “masjid kubah biru”.Sekarang ini masjid Al Aqsa yg sebenarnya sudah diambil alih oleh Israeldan merancang untuk dihancurkan untuk diganti sebagai tempat ibadahmereka kerana bersebelahan dengan tembok ratapan bangsa Yahudi.
* FIKIR : BENARKAH INI BATU YANG BENAR-BENAR NABI MAKSUDKAN DALAM PERISTIWA ISRAK MI'RAJ ? TUGAS KITA UNTUK MENCARI JAWAPAN*