Rabu, 24 September 2008

KEPIMPINAN : suatu idea.


Kepimpinan terbentuk kerana adanya matlamat yang ingin dicapai. Untuk mencapai matlamat itu maka perlunya seorang pemimpin.

Jika matlamat itu berupa hasrat individu contohya seorang ingin mencapai 4.0cgpa maka dia perlu memimpin dirinya dengan gaya kepimpinan yang sesuai dengan dirinya untuk mencapai matlamat tersebut. Jika dia gagal mencari bentuk kepimpinan yg sesuai diaplikasikan pada dirinya maka dirinya akan gagal untuk mencapai matlamat itu.Ataupun mungkin dia langsung tidak membentuk dirinya dengan sebarang corak kepimpinan maka bukan sahaja dia tidak mencapai matlamat malahan dirinya akan dibawa arus persekitaran kemana-mana arah. kalau persekitarannya membawanya ke kelab malam dia kan ke sana. kalau persekitarannya membawanya ke masjid maka kemasjidlah dia.

Lihat pada skop keluarga.Bapa sebagai pemimpin tentu mempunyai matlamat kepimpinannya. Untuk menjadikan keluarganya bahagia, cukup perbelanjaan, melahirkan anak yang bijak dan berjaya, mewujudkan anak yang soleh dan hafiz, itu semua adalah matlamat2 yg ingindi capai. Maka untuk mencapai matlamat tersebut bapa(pemimpin ) organisasi keluarga perlu ada gaya kepimpinan yang sesuai dengan ahli2 dalam keluarganya. Jika gayanya nya sesuai dengan isteri dan anak2nya maka ia membantu untuk mencapai matlamatnya. jika gayanya tidak mampu dituruti atau langsung tidak dapat diterima oleh anak dan isteri maka sukarlah ia mencapai matlamatnya kerana sudah tentu banyak konflik akan timbul.

Jika dia pemimpin organisasi mahasiswa, sudah tentu matlamatnya adalah untuk melahirkan mahasiswa yang menuju kesempurnaan sebagai manusia pelajar. Berdaya saing, luas bidang ilmu pengetahuan, berkemahiran tinggi dalam komunikasi, proaktif, sedar tentang perkembangan dunia, kebajikan terjaga, cukup 'nafkah'yang diperolehi, nafkah zahirnya(kediaman, makanan, pengangkutan) terpelihara itu semua adalah matlamat organisasi. Maka Pemimpin mahasiswa menggunakan gaya kepimpinannya untuk mencapai matlamat tadi.Bijak dan hebat pemimpin mahasiswa memahamkan dan mengurus orang bawahannya maka berjayalah organisasi mencapai matlamatnya.

Persoalan :1- bolehkah seorang pelajar bermatlamat untuk mencapai cgpa4.0? sudah tentu boleh malahan sangat digalakkan. Namun untuk mencapai 4.0 itu bolehkah dia mencuri thesis rakannya dan dikatakan itu adalah miliknya? atau bolehkan dia menceroboh bilik pensyarah untuk mencuri soalan peperiksaan? jawapnnya sudah pasti dilarang dan itu perbuatan jelek walaupun matlamat sangat murni.

2- bolehkah seorang bapa bercita2 untuk menydiakan keperluan lengkap dan sempurna kepada keluarganya? sudah tentu boleh? Namun bolehkah untuk mencapai matlamat tadi sibapa mencuri, merompak, meragut ataupun mengambl rasuah? sudah tentu tidak boleh.

3- jika dia seorang pemimpin mahasiswa, matlamatnya adalh untuk memastikan mahasiswa dibawahnya terbela 'nafkahnya'. Kolejnya selesa, kemudahnnya cukup, bahkan loarn pengajian pun cukup.Bolehkah ia mengambil jalan mudah untuk mendapatkan wang dengan membuat parti liar didalam atau didalam kampus,atau menganjurkan aktiviti yang tidak syarie bagi mencapai apa2 pun matlamat kepimpinannya? Jawapannya sungguh mudah anda pun tahu.kan?

Peringatan: 'Suatu hari nanti dipadang mahsyar seorang alim akan dipanggil untuk diperiksa amalannya, tuhan bertanya apakah yang telah kamu lakukan di dunia. Si alim berkata aku telah menghabiskan usia ku dengan menuntut ilmu, dengan ilmu ini kusebarkan kepada ramai manusia, dan kulakukan itu agar mereka beriman kepada mu. Tuhan berkata kamu penipu, kamu menuntut ilmu bukan kerana aku. kamu lakukan itu semta 2 untuk mencari harta dan kejayaan dunia. kamu mengajar orang didunia bukan kerana ku bahkan kamu lakukan itu untuk orang mengatakan bahawa kamu orang berilmu dan berjasa kepada manusia.. kemudia Allah memerintahkan malaikat menyeret dan mencampakkan ke dalam neraka"

Islam sangat mementingkat matlamat kepimpinan yang tulus dan ikhlas.matlamat seorang manusia semestinya untuk mencari keredhaan Allah. bukan perbuatan itu matlamat, tetapi perbiuatan itu sebagai alat untuk mencapai matlamat(keredhaan Allah)

Islam turut mengingatkan dasarnya, matlamat tidak menghalalkan cara. Walaupun matlamatnya baik tetapi jika diperolehi dengancara yang bathil maka amalan tadi tertolak.


Kesimpulan :lAKUKANLAH APAPUN CARA UNTUK MENCAPAI MATLAMATYANG BAIK YANG PENTING CARA ITU MESTILAH BETUL DAN SYARIE. TANAMKANLAH APAPUN MATLAMAT DALAM DIRI PEMIMPIN YANG PENTING MATLAMAT UTAMANYA ADALAH UNTUK MENCAPAI KEREDHAAN ALLAH.


" amalan yang disertakan dengan rasa ingin menunjuk2 itu iabarat tanah yang berada diatas batu yang licin, kemudian turun hujan lebat menimpa batu tersebut. apakah yang tinggal diatas batu tadi?"sekian

Sabtu, 6 September 2008

PENYELIAAN KAUNSELOR – Satu Pengenalan

Apa itu penyeliaan ?
Penyeliaan boleh didefinisikan secara formal sebagai perhubungan antara seorang
ahli yang lebih berpengalaman (senior) dengan seorang ahli baru (junior) sesuatu
profesion. Perhubungan itu adalah (a) evaluatif, (b) berlaku dalam jangka waktu tertentu,
(c) berkhidmat untuk mempertingkatkan kemahiran ahli baru, (d) memantau kualiti
perkhidmatan yang ditawarkan oleh ahli baru itu, dan (e) bertindak sebagai pengawal
pintu (gatekeeping) kepada profesion itu ( Bernard & Goodyear, 1992, 2004).

Kaedah Penyeliaan Kaunselor
Cara penyeliaan kaunselor adalah berbeza bergantung kepada objektif dan
matlamat iaitu dalam bentuk penyeliaan latihan makmal, praktikum dan internship.
Proses penyeliaan kaunselor pelatih berbeza mengikut objektif penyeliaan samaada
secara mikro atau makro. Proses penyeliaan yang berbentuk mikro lebih merupakan ciri
proses pengajaran dan pembelajaran. Ciri ini biasa digunapakai semasa penyeliaan
Peringkat 1 yang dikenal sebagai Latihan Makmal.

Ciri proses penyeliaan berbentuk makro pula lebih tertumpu kepada amalan
kaunseling yang luas apabila kaunselor pelatih mula diselia dalam konteks suasana
penyeliaan Peringkat 2 iaitu semasa Praktikum Kaunseling dan Peringkat 3 semasa
Internship Kaunseling. Pada Peringkat 4 penyeliaan lebih menumpukan kepada
penyeliaan kaunselor profesional.

Penyeliaan Semasa Latihan Makmal – Peringkat 1
Latihan kaunseling dalam makmal merupakan pendedahan awal bagi seorang
kaunselor pelatih mendapatkan pengalaman pembelajaran tentang kemahiran asas
kaunseling. Latihan kaunseling dalam makmal boleh dianggap sebahagian daripada
proses pengajaran dan pembelajaran mikro tentang penguasaaan kemahiran asas
kaunseling.
Dalam Peringkat 1 latihan kaunseling, penyeliaan memberi tumpuan kepada ciri
pengajaran mikro tentang kemahiran melayan dan mendengar serta teknik kaunseling.
Dalam proses intergrasi penyeliaan, penyelia dianggap sebagai seorang yang pakar dan
boleh menghasilkan tunjuk ajar atau demontrasi bagaimana kemahiran asas kaunseling
yang spesifik dapat dilakukan oleh kaunselor pelatih.
Penyelia bertanggungjawab untuk menyampaikan bimbingan kepada kaunselor
pelatih tentang penggunaan kemahiran melayan yang spesifik sesuai dengan orientasi
teori kaunseling yang dianuti kaunselor pelatih.Dalam latihan mikro , kaunselor pelatih
juga diajar mengenal pasti perbezaan perkembangan proses kaunseling dari permulaan
kemasukan sehingga tamat satu sesi kaunseling. Pembelajaran tentang pemeringkatan
proses kaunseling penting kerana ianya dapat menunjukan kepada kaunselor pelatih suatu
perkembangan yang dilalui oleh seorang kaunselor pelatih dengan kliennya dalam satu
sesi kaunseling.

Penyeliaan Praktikum Kaunseling – Peringkat 2
Praktikum kaunseling memberi peluang kepada kaunselor pelatih untuk
menerapkan segala kefahaman konseptual tentang teori serta kemahiran asas kaunseling
dan teknik kaunseling dalam ssuasana amali yang terkawal.
Amalan praktikum masih memerlukan pengawalan serta penyeliaan yang
rapi secara mikro.
Pendedahan kaunselor pelatih kepada suasana perhubungan menolong yang
terkawal ini dapat memberikan peluang menerapkan orientasi teori pendekatannya dan
berani membetulkan kelemahan yang mungkin dihadapi semasa menjalankan sesi
kaunseling.
Tindakan mengalihkan sesuatu yang dipelajari secara bentuk konseptual
kepada terapan secara tindakan nyata dalam proses kaunseling sering menjadi kerumitan
oleh kaunselor pelatih yang baru menceburi dalam alam kaunseling.

Penyeliaan Internship – Peringkat 3
Kaunselor pelatih semasa internship berpeluang melaksanakan sesi
kaunseling dengan klien sebenar dalam suasana alam pekerjaan profesional. Kaunselor
pelatih akan berhadapan dengan kebebasan autonomi tugasnya mengikut peraturan
organisasi di mana ia berkhidmat semasa internship.
Kaunselor pelatih mula belajar memikul tanggungjawab tugas sepertimana
rakan sekerja di tempat internshipnya dan dianggap sebahagian daripada kakitangan
organisasi tersebut.
Pemantauan penyeliaan internship lebih berbentuk makro.Penyelia akan
memantau secara keseluruhan tugas yang dijalankan oleh kaunselor pelatih, disamping
memberi penekanan kepada perkembangan personal kaunselor pelatih. Penekanan
perkembangan personal ini fokus kepada pergerakan kematangan pelatih ke atas
intergrasi pendekatan kaunselingnya serta kesedaran terhadap tanggungjawab perlakuan
profesional.
Dalam alam internship , kaunselor pelatih bertanggungjawab secara
langsung tentang perancangan dan perlaksanaan program kaunseling ditempat
perkhidmatannya. Penyelia wajar memahami misi serta tujuan organisasi dimana
kaunselor pelatih berkhidmat menjalankan internshipnya.
Perlakuan serta etika profesional penting diberi fokus dalam pencerapan
penyeliaan internship. Penyelia mesti sedar bahawa peranannya sebagai tenaga sumber
rujukan, perunding dan pakar secara langsung melibatkan dirinya dengan amalan prinsip
vicarious liability semasa perhubungan interaksi penyeliaan intership. Penyelia juga turut
menanggung sebahagian tanggungjawab ke atas perlakuan seorang kaunselor pelatih.
Jaminan paling asas dalam menjaga amalan kaunseling adalah proses
kaunseling teratur serta sistematik. Kaunselor pelatih wajar cekap dengan simpanan
rekod kaunselingnya.
Penyeliaan internship beranjak dari pengajar mikro kepada pencerapan
makro sealiran dengan kesinambungan terapan kompenen kemahiran asas kaunseling dan
teknik kaunseling.
Pentaksiran penyeliaan internship memberi tumpuan kepada keluwesan
di antara konseptualisasi kes kaunseling melalui diagnosis kaunseling dengan keserasian
strategi perancangan rawatan kaunseling serta perlaksanaan kaunseling keseluruhan.
Kaunselor pelatih ditarafkan sebagai seorang profesional dalam latihan
dan peranan percubaan ini selari untuk menentukan kewibawaannya sebagai seorang
profesional yang terlatih.

Penyeliaan Kaunselor Profesional – Peringkat 4
Akta Kaunselor 580 Undang- Undang Malaysia menyatakan semua
individu yang mengamalkan kaunseling wajib berdaftar dengan Lembaga Kaunselor
(Akta 580 Undang-Undang Malaysia,1998).
Pengawalan profesion kaunseling melalui akta tersebut memberi kuasa
keatas jaminan amalan terbaik profesion kaunseling di Malaysia. Pengawalan jaminan
amalan terbaik inilah yang wajar menjadi teras penyeliaan kaunselor profesional yang
mengamalkan khidmat kaunseling.
Sorotan kertaskerja Bengkel Latihan Penyeliaan Tahap II (Amali) Kaunselor Berdaftar
-Prof Dr. Othman Mohamed.

Rabu, 3 September 2008


PROUUM ONLINE: PUSAT kaunseling universiti diingatkan supaya memberikan perkhidmatan berkesan bagi mengelakkan ia dimansuhkan daripada struktur organisasi institusi pengajian tinggi (IPT). Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia (Perkama), Tan Sri Dr Nordin Kardi, tidak menolak kemungkinan ada naib canselor akan mengambil tindakan menutup unit itu jika mendapati ia tidak berkesan membantu kakitangan dan pelajar.

Beliau yang juga Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, antara peranan utama perlu dilaksanakan kaunselor universiti ialah membimbing pelajar berdikari menghadapi kehidupan supaya mereka tidak terlalu bergantung kepada kerajaan atau keluarga setelah tamat pengajian. Katanya, sesiapa saja yang sudah dilatih sebagai kaunselor perlu membuktikan mereka mampu memberi perkhidmatan terbaik. "Contohnya, kaunselor universiti perlu mengusahakan supaya pengurusan universiti benar-benar percaya kaunseling berkesan menolong pelajar dan kakitangannya, bukan sekadar pelengkap struktur organisasi universiti. "Mungkin ada naib canselor yang cukup berani akan menutup pusat kaunseling jika ia tidak menjalankan perkhidmatan dengan berkesan kerana ia adalah pembaziran sumber dan tenaga. "Sebelum itu berlaku, saya berharap kaunselor universiti dapat membuktikan kewujudan mereka memang amat diperlukan dan dapat memberi sumbangan sewajarnya kepada kemajuan universiti," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Kaunseling Kebangsaan ke-8 anjuran UUM dengan kerjasama Perkama serta Majlis Kaunseling dan Kerjaya Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (Makuma) di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM, Datuk Dr Ahmad Faiz Hamid. Seminar bertema Personalia Kaunseling Dalam Organisasi: Pembangunan dan Aplikasi itu bertujuan memberi pendedahan mengenai proses kaunseling yang lebih sistematik dalam pembangunan insan.

Terdahulu dalam ucapannya, Nordin berkata, Perkama bercadang mewujudkan kerangka akreditasi bagi menilai kualiti latihan serta perkhidmatan bidang kaunseling termasuk yang ditawarkan di IPT. "Satu kumpulan kerja akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi memastikan idea ini dapat dilaksanakan secepat mungkin. "Penilaian latihan dan perkhidmatan kami di IPT nanti tidak akan bertindih dengan akreditasi yang dilakukan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)," katanya. "Apa yang akan kami lakukan nanti adalah penilaian khusus bidang latihan dan perkhidmatan kaunseling di IPT berbanding penilaian umum dibuat MQA. Ia boleh diambil secara sukarela oleh pengamal kaunseling yang mahu meningkatkan prestij kerjaya mereka," katanya. End.

Sumber: Berita Harian, 4 Disember 2007

PERLU TAHU - SEJARAH PERKAMA




Pada tahun 1980 sekumpulan kaunselor dan mereka yang prihatin akan perkembangan kaunseling dan bimbingan di Malaysia telah bersidang di ITM (kini UiTM) untuk mewujudkan satu Jawatankuasa Pro-tem yang berusaha menubuhkan sebuah Persatuan Kaunselor Malaysia. Puan Fauziah Elyas (kini Puan Sri) telah dipilih mengetuai jawatankuasa itu.




Pada 19 Januari 1982 Persatuan Kaunselor Malaysia telah didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan pada tahun 1989 namanya ditukar kepada Persatuan Kaunseling Malaysia. Tujuan utama Persatuan ini ialah “to provide a common professional base for Malaysian Counsellors and professionals in related areas from the points of view of both professional orientation and fellowship” (mengadakan satu asas profesional sepunya untuk kaunselor dan ahli profesional berkaitan di Malaysia, dari segi orientasi profesional dan semangat setia kawan).


Tujuan-tujuan profesional PERKAMA ialah:
1.Memajukan amalan kaunseling secara profesional.
2.Menggalak dan membantu penyelidikan dalam kaunseling.
3.Menggalak pertumbuhan ilmu pengetahuan, kefahaman dan penerimaan kaunseling dalam konteks pelbagai budaya di Malaysia.
4.Memajukan perkembangan profesional ahli-ahlinya.
5.Memperteguhkan identiti, harmoni, dan kerjasama di kalangan ahli-ahli yang terdiri dari pelbagai displin melalui perkongsian maklumat dan pengalaman.
Keahlian PERKAMA dibuka kepada mereka yang berkelayakan dalam kaunseling dan bidang-bidang berkaitan. Mereka yang tidak mempunyai kelayakan yang disyaratkan, diterima sebagai ahli bersekutu atau ahli pelajar.
PERKAMA telah berkembang maju dari setahun ke setahun sejak penubuhannya di bawah pimpinan:
Puan Sri Fauziah Elyas (1982 – 1983),
Prof. Dato’ Dr. Amir Awang (1983 – 1984), (1989 – 1993),
Prof. Dato’ Dr. Abdul Halim Othman (1984 – 1989), (1999 – 2001),
Dato’ Yunus Noor (1994 – 1999), dan
Prof. Dato’ Dr. Hj Mohd Mansor Abdullah (2001 – 2003),
Prof. Dr. Suradi Salim (2003 – 2005),
Tan Sri Dato’ Dr. Nordin Kardi (2005 hingga sekarang)



Sebanyak sepuluh konvensyen telah diadakan di samping penerbitan-penerbitan profesional seperti Jurnal PERKAMA, Suara PERKAMA dan risalah-risalah lain, demi untuk memajukan bidang kaunseling dan bimbingan di Malaysia. Ahli-ahli Persatuan juga aktif dalam kegiatan-kegiatan kemasyarakatan dan perundingan, dan berusaha memantapkan keprofesionalan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menerusi etika kaunseling yang bertulis, latihan lanjutan, dan penyelidikan.



Kini PERKAMA mempunyai lebih 200 ahli berdaftar (meliputi Ahli Seumur Hidup, Ahli Biasa, dan Ahli Pelajar). PERKAMA sedang berusaha meningkatkan lagi pengiktirafan daripada pihak kerajaan dan majikan swasta tentang perkhidmatan kaunseling dengan cara mewujudkan jawatan-jawatan profesional dalam kaunseling untuk memberi perkhidmatan kepada kakitangan masing-masing. Usaha PERKAMA untuk mendapatkan pengiktirafan dari pihak kerajaan mula berhasil apabila satu jawatan Ketua Pegawai Psikologi dan Kaunseling dilantik di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada tahun 1992. Kini Pusat Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling di JPA memainkan peranan penting dalam menangani permasalahan kakitangan awam di tempat kerja.



Perkembangan pesat negara kita ke arah masyarakat perindustrian dan perdagangan sudah pasti akan memerlukan perkhidmatan khusus seperti perkhidmatan kaunseling dan perkhidmatan pertolongan lain untuk menangani masalah sosial dan individu. Keperihatinan pihak kerajaan tentang keperluan kaunseling dan pengiktirafan yang wajar dalam masyarakat terbukti apabila AKTA KAUNSELOR 1998 diluluskan oleh kerajaan dan diwartakan pada 1 Disember 1998. Para kaunselor yang ingin berkhimat untuk awam, kini perlu mendaftar dengan Lembaga Kaunselor.



Ini bermakna profesion kaunselor telah diiktiraf setanding dengan profesion lain seperti doktor, arkitek, jurutera dan peguam. Cabaran yang lebih besar akan dihadapi oleh profesion ini pada masa-masa akan datang. PERKAMA akan menjadi sebuah persatuan profesional untuk memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan lagi perkhidmatan kaunseling di negara ini.
Sumber : http://www.perkama.org/



Kemaskini Terakhir : 2 Ogos 2007

Selasa, 2 September 2008

TEKNIK MENGUBAH TINGKAH LAKU : PENDEKATAN UNIVERSITI RAMADHAN


Bulan yang penuh berkah dan rahmat datang lagi. Sebagai umat Islam, kita semua mestilah merebut peluang ini dengan sebaik-baiknya. Lakukanlah sebanyaknya amal soleh serta mempertingkatkan dan memperbanyakkan lagi amal ibadat pada bulan yang mulia ini. Di sini dikemukakan cadangan amalan yang boleh diikuti oleh kita semua.


Di bawah ini disenaraikan satu saranan program untuk umat islam di bulan ramadhan :


Seorang yang beragama Islam memulakan harinya, dengan bersahur sebelum masuk waktu subuh. Lebih baik jika ia dapat dilewatkan beberapa ketika sebelum terbit fajar.


Selepas itu boleh bersiap sedia untuk mengerjakan solat subuh, berwudhuk di rumah dan berjalan ke masjid sebelum azan berkumandang


Selepas memasuki masjid, dirikanlah solat dua rakaat(tahiyatul masjid). Kemudian, duduk dan membaca doa atau membaca al-Quran atau berzikir sehingga azan dilaungkan. Cubalah menjawab azan yang dialungkan oleh muazzin dan membaca doa selepas azan. Kemudian, mendirikan solat sunat subuh dua rakaat.


Selepas itu, jika masih ada masa terluang, bolehlah membaca al-Quran atau doa sehingga muazzin iqamah untuk mendirikan solat subuh berjemaah.


Selepas menunaikan solat subuh berjemaah, eloklah membaca zikir selepas solat. Kemudian, jika ingin terus duduk di masjid sehingga matahari naik, dia boleh berzikir atau membaca al-Quran kerana itulah amalan Rasulullah S.A.W selepas setiap kali solat subuh.

Kira-kira suku jam selepas matahari naik, sunat mendirikan solat dhuha sekurang-kujrangnya dua raakat. Jika tidak, boleh melengahkan solat sehingga masa yang dipilihnya ketika hari bertambah panas atau mahatari lebih tinggi.

Jika sesiapa terasa ingin tidur sebentar sebelum memulakakan kerja, berniatlah untuk memulihkan tenaga dalam beribadat dan mencari rezeki agar diberi pahala oleh ALLAH. Adalah dianjurkan untuk meniru cara tidur Rasulullah S.A.W.


Setelah semua itu selesai, bolehlah pergi bekerja dan apabila masuk watktu solat zuhur, disunnatkan pergi awal ke masjid dan bersedia untuk menunaikan solat zuhur berjamaah.
Mendirikan solat 4 rakaat(Solat sunat sebelum zuhur). Ia dilakukan dua rakaat diikuti salam, kemudian bangun dan menyambung lagi dua rakaat menjadikannya 4 rakaat beserta dua salam.


Selepas mendirikan solat zuhur berjemaah, dirikanlah solat sunat selepas zuhur sebanyak 2 rakaat

Selepas solat, sempurnakanlah segala tanggungjawab ditempat kerja sehingga tiba waktu pulang. Jika masih ada masa terluang, bolehlan tidur sebentar sebelum tiba waktu asar. Jika bimbang terlepas melakukan solat asar berjemaah, bolehlah menyibukkan diri dengan sebarang aktiviti yang sesuai sehingga tiba waktu solat. Samaada pergi ke pasar untuk mendapatkan keperluan keluarga atau terus ke masjid sehingga selesai mengerjakan solat asar.

Selepas asar, bolehlah melakukan sebarang aktiviti yang sesuai seperti membaca al-Quran atau sebagainya. Jika seseorang itu berasa penat, bolehlah berehat bagi mengembalikan tenaga untuk persediaan solat terawih pada sebelah malam.

Sebelum azan maghrib, bersiap sedialah untuk berbuka.Pada waktu itu, lakukanlah sesuatu yang berfaedah seperti berdoa atau berbual-bual dengan isteri dan anak-anak tentang perkara yang bermanfaat.

Salah satu amalan baik yang boleh dilakukan ialah mengambil bahagian dalam mengagihkan makanan kepada orang yang berbuka puasa. Ini adalah satu nikmat yang tidak diketahui ramai kecuali mereka yang telah melakukannya.

Selepas berbuka, bolehlah terus ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah. Dirikanlah solat sunat selepas maghrib 2 rakaat, kemudian bolehlah kembali ke rumah.
Diharuskan makan makanan yang masih terhidang tetapi jangan terlalu banyak. Kemudian, lakukanlah sebarang aktiviti untuk mengisi masa samaada dengan membaca buku atau berbual-bual tentang perkara yang diizikan bersama anggota kerluarga. Jangan sekali-kali melakukan perkara-perkara haram pada waktu-waktu begini.
Pada waktu ini biasanya media elektronik menghidangkan program-program menarik yang mengandungi perkara-perkara yang tidak bermoral. Berusahalah untuk mengalih pandangan keluarga terutamanya anak-anak daripada perkara-perkara yang sia-sia.

Bersiap sedia untuk menunaikan solat Isyak. Seelok-eloknya pergilah ke masjid sebelum masuk waktu dan membaca al-Quran atau mendengar sebarang sebarang syarahan jika ada.

Selesai mengejarkan solat isyak, diikuti dengan solat sunat selepasnya, mulakanlah solat terawih bersama imam dengan penuh kusyuk serta menghayati ayat yang dibaca. Jangan berhenti selagi imam tidak berhenti. Rasulullah bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya sesiapa yang berdiri(dan solat) bersama imam sehingga selesai, dicatatkan baginya seperti mengerjakan solat sepanjang malam. (Diriwayatkan oleh Abu Daud: 1370 dan lain-lain)

Selepas solat terawih, bolehlah merangka apa-apa program yang sesuai dengan masa dan keadaan serta keperluan peribadi seseorang. Walaubagaimanapun, beri penekanan perkara-perkara berikut:
Hindari perubuatan haram dan menutup semua pintu ke arah itu.
Pastikan keluarga tidak melakukan perkara haram dan menasihati mereka dengan berhikmah. Contohnya, menyediakan program khusus untuk mereka, membawa mereka melawat tempat yang diharuskan, mengelakkan mereka daripada berkawan dengan orang yang tidak berakhlak dan mencarikan mereka kawan yang berpekerti mulia.

Berusahalah untuk tidur awal mengikut cara tidur Rasulullah S.A.W. Selesaikanlah pembacaan al-Quran ataupun mana-mana buku yang belum dihabiskan pada hari itu.

Peruntukanlah masa yang cukup untuk bersahur. Berdoa sebanyak mungkin pada waktu ini kerana sepertiga akhir malam adalah masa ALLAH turun. Dia memuji mereka yang memohon keampunan daripadaNya. Dia juga berjanji akan mengabulkan doa dan menerima taubat hamba yang bertaubat kepadanya. Jadi, janganlah melepaskan peluang ini.

Pada hari jumaat di bulan ramadhan. Jumaat adalah hari terbaik di dalam seminggu. Jadi, kita hendaklah mempunyai jadual khas untuk beribadat pada hari ini. Cuba lakukan perkara berikut:
Datang awal ke masjid untuk mendirikan solat jumaat.

Berusahalah untuk berada di masjid selepas solat asar dan mengisinya dengan membaca al-Quran dan berdoa sehingga waktu-waktu terakhir hari itu. Pada masa inilah doa dimakbulkan.
Ambillah peluang pada hari ini untuk melengkapkan segala amalan yang tidak sempat disempurnakan sepanjang minggu.

10 hari terakhir ramadhan. 10 hari terakhir meliputi malam al-Qadar yang merupakan malam terbaik daripada seribu bulan.Maka, disunatkan beriktikaf di dalam masjid pada masa ini sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Melakukan iktikaf pada waktu ini merupakan satu rahmat besar daripada ALLAH. Sesiapa yang tidak mampu melakukannya sepanjang 10 hari, cubalah dapatkan sebanyak yang termampu. Hidupkanlah malam ini dengan mendirikan solat, membaca al-Quran, berzikir dan berdoa. Sebaiknya berehat pada siang hari agar mudah berjaga pada sebelah malam.

Program ini hanyalah satu cadangan. Ia boleh diubah dan setiap orang boleh menyesuaikannya mengikut keadaan. Apa yang disenaraikan di sini lebih menumpukan kepada amalan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Ini tidak bererti setiap yang disebut di sini mesti dibuat dan diwajibkan. Ia hanya meliputi banyak perkara yang berbentuk sunnah dan amat digalakkan. Sebaik-baik amalan disisi ALLAH ialah yang berterusan sungguhpun sedikit. Pada awal bulan ramadhan lazimnya seseorang sangat cenderung melakukan amal ibadat, kemudian keghairahan menurun sedikit demi sedikit. Berjaga-jagalah dari keadaan itu dan bertekadlah untuk sentiasa beristiqamah pada bulan yang berkat ini. Umat Islam hendaklah berusaha untuk mengatur masanya dalam bulan ini agar tidak terelpas peluang untuk melakukan amalan soleh. Berusaha untuk membeli segala keperluan keluarga sebelum masuk bulan ini. Pilihlah waktu yang sesuai untuk melawat kawan dan saudara mara agar amal ibadat pada bulan ini tidak tergangu.
Beribadatlah sebanyak mungkin dan dekatkanlah diri kepada ALLAH.
Bertekadlah dari awal bulan untuk pergi ke masjid di awal waktu agar dapat mengerjakan solat berjemaah dan memperbanyakkan qiamullai serta bersedekah.

Ambillah sebaik peluang dalam bulan ramadhan untuk mengukuhkan hubungan dengan al-Quran melalui kaedah berikut:
Membetulkan bacaan. Cara yang betul untuk memenuhi tuntuan ini ialah dengan mendapatkan seseorang yang pakar dalam membaca al-Quran atau mendengar kaset qari-qari yang terkenal.
Mengulangi setiap ayat yang dihafal untuk meningkatkan daya ingatan.
Membaca buku-buku tafsir, seperti Tafsir al-Baghawi, Tafsir Ibn Katsir dan Tafsir al-Sa’di. Mulakan dengan juzuk ke-30 diikuti dengan juzuk ke-29 dan seterusnya.
Bertekad untuk menyempurnakan segala tuntutan ALLAH sebagaimana yang terdapat dalam ayat yang dibaca.
Semoga ALLAH melengkapkan kepada kita keberkatan ramadhan dan membantu kita untuk mengerjakan ibadat puasa dan qiamullai sepenjang bulan. Juga menerima segala amalank kiita serta mengampunkan dosa yang kita lakukan.

Disunting dan dinukilkan dari buku Soal Jawab Puasa Berdasarkan Majlis Fatwa Tetap Arab Saudi(Jilid 1). Terbitan Karya Bestari, Cetakan Pertama 2005 (m/s : 56-63)

Isnin, 1 September 2008

DETIK GEMILANG PRS , AGENDA PENGHARGAAN




Jumaat 29 Ogos 2008, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK SAAS, telah mengadakan program Detik Gemilang PRS. Program yang diadakan di De Palma Cafe, PKNS, Bangi ini dimulakan pada jam 8.00 malam. Bermula dengan ucapan aluan pengerusi majlis, bacaan doa, ucapan pengerusi PRS, diikuti ucapan wakil kaunselor Pn. Hjh. Zaidah Ismail dan saeterusnya ucapan Pn. Hjh. Rosmawati Kamaruddin PK HEM SMK SAAS.

Melalui program ini beberapa anugerah diberikan kepada PRS sebagai menghargai usaha dan sumbang bakti mereka disepanjang tahun. Di antara anugerah yang di tawarkan termasuklah anugerah Pemimpin PRS Cemerlang yang dimenangi oleh Sdr. Razif Mat Razali dan Sdri Fatihah Hasnan, Anugerah Pemimpin Harapan disandang oleh Sdr Mohd Akmal, anugerah Kaunselor dimenangi oleh Sdr Mohd. Hasif seterusnya anugerah akademik 2 bagi setiap tingkatan. Selain itu beberapa cabutan bertuah turut memeriahkan malam tersebut. Tunggu berita selanjutnya.

Khamis, 28 Ogos 2008

Perkongsian Pengalaman Pelajar Cemerlang


Aidi Adlina, inilah nama yang dikurniakan kepada anak yang disayangi oleh En. Taijuddin. Pelajar ini merupakan salah seorang pelajar cemerlang SMK SAAS yang telah berjaya memperolehi keputusan 8A di dalam PMR pada tahun 2007. Beliau kini meneruskan pembelajaran di SMK SAAS di kelas 4Amanah dalam aliran sains tulen.

Anak sulong ini yang juga sandaran keluarganya untuk menjadi contoh teladan kepada adik-adiknya bercita-cita tinggi iaitu untuk menjadi seorang doktor pakar. Falsafah remaja pintar ini sangat holistik iaitu dengan menggabungkan 2 kekuatan / kudrat iaitu 'berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada Allah swt. Tidak hanya bergantung kepada usahanya sahaja tetapi setiap usaha yang dilakukan tidak akan berjaya sekiranya Allah tidak mengizinkan, inilah pegangan beliau.


Sebagai remaja biasa, Aidi juga tidak terlepas dari berhadapan dengan cabaran dan halangan dalam meneruskan tanggungjawab sebagai pelajar. Cabaran ini berupa halangan dalaman dan luaran. Diantara cabaran dalam termasuklah perasaan malas yang kadang kala wujud dalam diri. Hal ini dihadapinya dengan menguatkan kembali keazamannya untuk menjadi pelajar cemerlang disamping kekuatan cita-citanya untuk menjadi seorang doktor. Sebagai seorang pelajar yang aktif di sekolah beliau seringkali berhadapan masalah untuk menguruskan masa. 'Bagi mengatasi masalah ini saya membuat jadual waktu di rumah di mana ia dapat membantu saya menguruskan kerja sekolah, mengulangkaji pelajaran, membantu keluarga dan menyelesaikan tugas-tugas persatuan / kelab,' kata Adlina yang aktif di dalam Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.


Selain itu Adlina turut mempraktikan nilai -nilai murni yang menjadi asas kepada kehidupan beliau di antaranya ," jangan sekali-kali meninggalkan solat fardhu, perbanyakan solat hajat, membaca yassin dan berpuasa sunat, sentiasa menjaga dan mempertingkatan hubungan dengan ibu bapa dan guru-guru, sekiranya kurang faham dengan subjek yang dipelajari jangan malu bertanya kepada guru dan rakan-rakan, berikat tumpuan 100% di dalam kelas, " kata beliau yang merupakan seorang pelajar yang berprinsip.


Cikli : Inilah personaliti dan formula kejayaan seorang pelajar cemerlang yang wajar dicontohi oleh mana mana pelajar yang berhasrat menjadi pelajar cemerlang. Sesungguhnya Allah telah pun menanamkan fitrah diri manusia 'inginkan kecemerlangan', dan Allah telah memberikan contoh pengajaran melalui hamba-hambanya yang berjaya yang berada disekitar kita. Terpulanglah kepada diri setiap individu samada ingin mengambil pengajaran dari apa yang berlaku atau hanya memandang dan berkata 'oh i see'.