Khamis, 28 Ogos 2008

Perkongsian Pengalaman Pelajar Cemerlang


Aidi Adlina, inilah nama yang dikurniakan kepada anak yang disayangi oleh En. Taijuddin. Pelajar ini merupakan salah seorang pelajar cemerlang SMK SAAS yang telah berjaya memperolehi keputusan 8A di dalam PMR pada tahun 2007. Beliau kini meneruskan pembelajaran di SMK SAAS di kelas 4Amanah dalam aliran sains tulen.

Anak sulong ini yang juga sandaran keluarganya untuk menjadi contoh teladan kepada adik-adiknya bercita-cita tinggi iaitu untuk menjadi seorang doktor pakar. Falsafah remaja pintar ini sangat holistik iaitu dengan menggabungkan 2 kekuatan / kudrat iaitu 'berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada Allah swt. Tidak hanya bergantung kepada usahanya sahaja tetapi setiap usaha yang dilakukan tidak akan berjaya sekiranya Allah tidak mengizinkan, inilah pegangan beliau.


Sebagai remaja biasa, Aidi juga tidak terlepas dari berhadapan dengan cabaran dan halangan dalam meneruskan tanggungjawab sebagai pelajar. Cabaran ini berupa halangan dalaman dan luaran. Diantara cabaran dalam termasuklah perasaan malas yang kadang kala wujud dalam diri. Hal ini dihadapinya dengan menguatkan kembali keazamannya untuk menjadi pelajar cemerlang disamping kekuatan cita-citanya untuk menjadi seorang doktor. Sebagai seorang pelajar yang aktif di sekolah beliau seringkali berhadapan masalah untuk menguruskan masa. 'Bagi mengatasi masalah ini saya membuat jadual waktu di rumah di mana ia dapat membantu saya menguruskan kerja sekolah, mengulangkaji pelajaran, membantu keluarga dan menyelesaikan tugas-tugas persatuan / kelab,' kata Adlina yang aktif di dalam Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.


Selain itu Adlina turut mempraktikan nilai -nilai murni yang menjadi asas kepada kehidupan beliau di antaranya ," jangan sekali-kali meninggalkan solat fardhu, perbanyakan solat hajat, membaca yassin dan berpuasa sunat, sentiasa menjaga dan mempertingkatan hubungan dengan ibu bapa dan guru-guru, sekiranya kurang faham dengan subjek yang dipelajari jangan malu bertanya kepada guru dan rakan-rakan, berikat tumpuan 100% di dalam kelas, " kata beliau yang merupakan seorang pelajar yang berprinsip.


Cikli : Inilah personaliti dan formula kejayaan seorang pelajar cemerlang yang wajar dicontohi oleh mana mana pelajar yang berhasrat menjadi pelajar cemerlang. Sesungguhnya Allah telah pun menanamkan fitrah diri manusia 'inginkan kecemerlangan', dan Allah telah memberikan contoh pengajaran melalui hamba-hambanya yang berjaya yang berada disekitar kita. Terpulanglah kepada diri setiap individu samada ingin mengambil pengajaran dari apa yang berlaku atau hanya memandang dan berkata 'oh i see'.

1 ulasan:

AFITI berkata...

apabila saya melihat adik ini berjuang..lantas teringat zaman perjuangan semasa saya di alam persekolahan..yer..mmg benar..kkuatan dengan berusaha...saya percaya Tuhan akan mmbntu,,,kerana prinsip yang saya tanamkan..kena kuat berusaha dan saya percaya "TUHAN AKAN KESIAN/KASIHANKAN ORANG-ORANG YANG RAJIAN BERUSAHA. Sebagai perkongsian, setiap kali selepas solat...jgn tinggal yassin..insyaallah..itulah penawar kepada kecerdasan minda dan hati...Itu pernah saya lakukan semasa sy di sekolah..alhmdullah..Tuhan membantu saya untuk mndapat apa y saya nak..malaha juga Tuhan mmbnmtu saya..hngga saya dianugerahkan sebagai Tokoh Pelajar Terbaik Keseluruhan. Ingat,,kepada adik-adik yang mmbaca ruangan ini, jadikan orag-orang sekeliling sebagai buku..kerana setiap orang mempunyai ilmu dan pengetahuan masing-masing..jadi, dengan renda diri jangan segan untuk bertanya. Sikap proaktif jangan malu bertanya..dan pupuk diri bahawa diri masih banyak yang tidak tahu..jika ada prasaan ini..ia akan mmbuatkan kita bergerak untuk tahu ttg sstu..apabila tahu...sebarkan apa yang anda tahu..insyaallah..sekali bagi ilmu kat orang 10 kali Tuhan gandakan..sebab itu lah ssorang itu akan merasakan dirinya tidak pernah cukup dgn ilmu...DAN PERCAYALAH..BAHAWA SEMUA YANG KITA PEROLEH..ITU ADALAH ANUGERAH TUHAN..MUNGKIN MENJADI PENJAMAN SEMENTARA JIKA KITA TIDAK TAHU BERSYUKUR...KEPAda adik2 y mmbc..ruangan ini..jadikan kjyaan orang lain..sebagai pelajaran untuk diri berusaha..dan ingat kita berusaha bukan kerana semangat semata-mata tetapi kerana "KONSEP SEDAR DIRI DAN TAHU SIAPA DIRI KITA".Jika berusaha kerana smngt semata-mata.lilmu yang kita pelajari x akan smpai ke dada..jika berusaha kerana smngt dan kesedaran..insyaallah ilmu itu...walau anda naik ke tingkatan 5,6 dan ke universiti pun..anda akan ingt..dan blh aplikasikannya...bila-bila masa shj..terima kasih...